Warisan yang masih digunakan oleh penduduk di Kg Changkat Banjar Parit Perak adalah membakar lemang secara tradisional. Walaupun sekarang pemasaran lemang di seluruh dunia sedang berkembang pesat. Tetapi keaslian sesuatu lemang yang dibakar itu lain kerana dunia pada masa kini telah maju dan separuh daripada perniagaan lemang menggunakan pembakaran lemang secara automatik. Tetapi pembakaran lemang di Kg Changkat Banjar masih menggunakan pembakaran secara manual dan masih menggunakan kayu api. Tuan Abdul Wahid Bin Sani selaku ketua kampung Changkat Banjar telah mewarisi warisan pembakaran lemang dari turun temurun nenek-moyang beliau yang dahulu menetap di kampung itu pada masa dahulu. Beliau akan membakar lemang sekiranya ada tempahan yang dilakukan pada setiap perayaan aidilfitri dan aidiladha dan tidak lupa juga,beliau akan membakar lemang sekiranya diadakan majlis rasmi dan tidak rasmi di Kg Changkat Banjar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

About